Mavcom ramal jumlah penumpang udara tahun ini cecah 112.9 juta28 Mar 2025, by Kosmo
Mavcom berkeyakinan industri sektor penerbangan akan terus mencatat pertumbuhan positif dalam tempoh jangka panjang. -Gambar hiasan
PETALING JAYA – Prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Februari 2025 adalah 8.7 juta pengguna penerbangan, iaitu peningkatan sebanyak 6.9 peratus tahun-ke-tahun (YoY) berbanding Februari 2024.
Walaupun terdapat penurunan sebanyak 5.9 peratus bulan-ke-bulan (MoM) dari Januari tahun ini disebabkan oleh permintaan perjalanan yang kembali normal selepas perayaan Tahun Baharu Cina, namun permintaan keseluruhan kekal kukuh, didorong oleh peningkatan
kesalinghubungan, pengecualian visa serta tempoh cuti sekolah yang masih berterusan.
Sehingga kini, sebanyak 17.9 juta pengguna penerbangan telah melalui lapangan terbang di Malaysia.
Mavcom meramalkan bahawa jumlah keseluruhan trafik penumpang udara bagi tahun 2025 berada dalam julat antara 105.8 juta hingga 112.9 juta, sekali gus mengukuhkan momentum berterusan dalam sektor penerbangan.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, prestasi kedudukan sektor penerbangan Malaysia dalam landasan pemulihan dan pertumbuhan yang mampan.
“Pengenalan laluan baharu serta inisiatif dasar seperti pengecualian visa terus memperkukuh kesalinghubungan penerbangan dan merancakkan pertumbuhan.
“Seiring perubahan dalam permintaan perjalanan, Mavcom kekal komited untuk memastikanpemulihan ini disertai dengan kualiti perkhidmatan yang baik, perlindungan penggunapenerbangan yang kukuh danpemantauan kawal selia yang teguh bagi menyokongekosistem penerbangan yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, trafik penumpang udara domestik bagi Februari 2025 mencatatkan 4.3 jutapengguna penerbangan, meningkat 6.6 peratus YoY, manakala trafik penumpang udara antarabangsa berjumlah 4.4juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 7.2 peratus YoY.
Trafik udara antarabangsa menyumbang 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhanpengguna penerbangan dalam 2 bulan pertama tahun ini, mengekalkan kedudukannyasebagai segmen dominan.
Pertumbuhan bagi pasaran bukan ASEAN adalah pesat, dengan 2.6 juta penggunapenerbangan direkodkan pada Februari, menandakan peningkatan sebanyak 10.0 peratusYoY.
Pasaran ASEAN pula mencatatkan 2.2 juta pengguna penerbangan, meningkat 4.4 peratusYoY.
Jumlah pengguna penerbangan di lapangan terbang utama terus meningkat, denganLapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) mencatatkan peningkatan sebanyak 7.2 peratusYoY.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) mencatat peningkatan jumlahpenumpang sebanyak 8.7 peratus dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB)mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) merekodkan kenaikan 5.3 peratus,manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)
dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) masing-masing mencatatkanpertumbuhan YoY sebanyak 2.3 peratus dan 1.7 peratus.
“Trend pertumbuhan positif ini disokong oleh faktor seperti pemulihan kapasiti tempat duduk,pengecualian visa bagi pelancong dari China dan India, serta pengenalan laluanantarabangsa baharu,termasuk Kota Kinabalu–Tokyo (Jepun), Kuala Lumpur–Ürümqi (China),dan Pulau Pinang–Zhangjiajie (China),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE