Media

AirAsia Perkenal Laluan JB-GuangZhou, Filipina01 Apr 2016, by UTUSAN MALAYSIA/ NUR AISYAH MAZALAN

AirAsia Perkenal Laluan JB-GuangZhou, Filipina
AIREEN OMAR dan Md. Derick Basir menyampaikan cenderamata kepada penumpang sempena menyambut ketlbaan penerbangan sulung AirAsia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Johor Bahru, semalam.

KULAI 1 April ¬ Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terus memperkukuhkan pemiagaannya di selatan tanah air menerusi pengenalan beberapa penerbangan antarabangsa baharu dari Johor Bahru ke Guangzhou, China dan Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini itu merupakan laluan antarabangsa secara terus terbaharu selepas Hatyai, Thailand. Beliau berkata, setakat ini pihaknya mempunyai enam penerbangan antarabangsa dari LTAS, iaitu ke Bandung, Ho Chi Minh, Yogyakarta, Surabaya, Bangkok dan terbaharu, Hatyai.

"Dengan pertumbuhan yang memberangsangkan, Johor dilihat mempunyai potensi sebagai hab penerbangan di Asia dan kita rancang untuk melancarkan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Guangzhou pada bulan ini.

"Selain itu, Filipina juga antara destinasi yang ingin kami tembusi dan merupakan sebahagian perancangan kami untuk memperkukuhkan jaringan antara¬bangsa di Johor Bahru dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya selepas menyambut ketibaan penumpangan penerbangan pertama AirAsia dari Hatyai ke LTAS, di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Bahagian Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd., Md. Derick Basir. Mengulas mengenai penerbangan dari Hatyai, Aireen berkata, laluan itu merupakan yang kedua secara terus ke Thailand selepas Bangkok dan pelancarannya diyakini mampu merancakkan lagi prospek perdagangan, pemiagaan dan pelancongan di kedua¬-dua destinasi.